Sunday, November 15, 2009

persoalannya??

"In every individual lies great potential waiting to be harnessed."
aku suka statement di atas..ia menjadi satu motivasi buat individu yang kurang percaya pada diri dan memandang rendah keupayaan diri sendiri..walaupun pernyataan tersebut ringkas, namun ia dapat meningkatkan keyakinan diri..Ini mengingatkan ak bhw stiap org ade keistimewaan dan kelebihan masing-masing..jadi tak perlulah kte dengki pada orang lain yang lebih atau memandang rendah pada diri yang kurang..bezanya adalah masa..ada orang tahu kelebihan diri awal maka berjayalah dia dalam pekerjaannya dan tersohor dengan bakat yang dimiliki..ada orang tahu kelebihan diri lambat maka kejayaan dan kesohorannya datang agak lambat..namun ada juga yang belum ketemu dan masih mencari apakah keistimewaan, kelebihan dan bakat yang dimilikinya...apepon ia, selongkar dan jelajahilah diri sendiri to unleash your true potential..sesuatu itu tidak Allah ciptakan sia-sia..walau batu sekalipun ade kegunaan dan membawa kebaikan untuk orang lain..inikan pula manusia yang dianggap agung kerana anugerah akal..mungkin pengalaman akan membuka mata anda untuk menyelami kebaikan dan keburukan diri..sesungguhnya kebaikan itu datang bersama keburukan dan kelebihan datang bersama kekurangan..apepun ia, hanya manusia yang pandai memonopoli diri, activate positive side and inactivate negative side will succeed in their life..lead a happy life is everyone's dream..kata orang kebahagiaan itu terletak pada hati..akhir kata soalnya hati.....

Saturday, November 14, 2009

teller story

ahad,25nov2009 adalah kali pertama ak menjejakkan kaki ke bank dengan tujuan menghadiri sesi temuduga bagi menjadi seorang teller..pada mulanya ketika ak apply jawatan ini, ak sendiri pon tak pasti apekah itu teller..luckily pd hr yg sme ak menonton cerita hindustan dan ade scene yg menunjukkan teller bank..saat itu br lah ku tahu bahawa org yg berada di kaunter bank dinamakan teller..sebenarnya permohonan ak utk menjadi teller pada awalnya mmg sudah mengelirukan ini kerana ak terpaksa menyorok kelayakan sebenar yang ak miliki demi memohon jawatan teller..kemudian pada hari temuduga ak tersilap langkah kerana tidak menyediakan salinan resume dgn kelayakan teller maka ak serahkan resume yg tertera kelayakan sbenar ak (dah xde pilihan..tp bek xyah bg resume trus)..ketika sesi temuduga bermula, penemu duga ingin memastikan calon2 temuduga adelah mereka dgn kelayan yg bersesuaian..ketika soalan ditanya secara umum kepada 5 calon serentak, ak tidak berani untuk menyorook lg (maklumlah bukti @ resume sdh berada di tgn mereka)..ak berfikir lbeh baik ak berterus terang daripada disedari mereka kemudian..risau sekiranya keadaan bertambah buruk dan aku dicop sebagai 'tidak jujur'..maruah sendiri jgk yg tercalar nt..lantas ak mengaku mempunyai kelayakan selain drpd yg diiklankan..tup*tup borangku ditolak ketepi dan ak diberi 2 pilihan samada mahu terus berada di dalam atau keluar kerna ak awl2 lg sudah direjek..salahnya ape??kerna ak ade kelayakan yg lbeh drpd yg diminta??pegawai bertanya padaku dengan nada yg lembut, "awak tahu tak jwtn ini ditawarkan utk org dgn kelayakan sekian*sekian??" ak pon menjawab, "sy pon ade kelayakan sekian*sekian."padahal ak jg ade kelayakan yg diminta..erm ssh btul apb dh blaja tggi sket, x bole pulak mohon jawatan rendah..no wonder la graduan lebih ramai menganggur berbanding lepasan sekolah (benarkah statement ini??)..haha opinion sndiri jer tanpa sebarang kajian..berbalik kpd kisah td, ak ambil keputusan utk stay dlm bilik mesyuarat itu..paling tidak pon ak dpt la pgalaman memerhati temuduga secara 'live'..thx ditujukan kpd pegawai2 tu yang menangani situasi ak dengan mencadangkan resolusi agar ak try mencari peluang lain kat sekian*sekian...Akhir kata kalau dah bkn rezkiku @ Allah tdk berkehendak maka tidak berlakulah sesuatu perkara itu dan kesalahan disandarkan pada kelemahan diri sendiri sebagai manusia yg pnuh dgn kekhilafan...